27 January 2018

SUP ANTIBIOTIK IKHTIAR PULIHKAN ANAK DARIPADA BATUK BERKAHAK

Assalamualaikum.

Okey, sup ni mama una dapat resepi daripada blog. Tak tahu siapa punya resepi asal.

Tak ingat. Tapi bila google or search ramai jugak yang buat tau. 

Mula mula baca pelik kenapa buah pelaga jadi pilihan.
Biase dengar cengkih, halia, bawang putih kan. Ini buah pelaga pulak.

Bila baca, ade khasiat sangat bagus pasal buah pelaga tu. 




“Buah pelaga  digunakan secara meluas di Asia Selatan untuk merawat jangkitan pada gigi dan gusi, untuk mencegah dan merawat masalah tekak, kesesakan paru-paru dan tuberkulosis pulmonari, keradangan kelopak mata dan juga gangguan pencernaan.”

Ini mama una baru tahu la. Korang tahu tak?

Selain tu, Buah pelaga boleh digunakan sebagai ubat asma dan lain-lain masalah pernafasan. Kajian yang telah dijalankan menunjuk bahawa ekstrak mentah dari buah pelaga amat berkesan dalam membuka salur angin yang sempit pada haiwan makmal. Ia juga berkesan untuk menyebabkan kelonggaran kepada tisu trachea. Kajian awal positif mewajarkan untuk siasatan lanjut.

So masalah Anas yang hidung tersumbat tak leh nafas elok, refuse susu direct tu hilang lepas amalkan sup ini. Tapi mama una ingatkan, bagi sup ni, jangan lupa bagi air masak kat anak banyak banyak tau.

Bahan bahan macam dalam gambar.

Cara membuatnya. 

Rebus semua bahan bahan dengan api yang kecil. Reneh dalam masa 30 minit- 1 jam.

Ayam tu boleh ganti dengan sumber protein lain. Seperti ikan bilis or daging.




Rasa dia manis manis berangin gitu. Beri pada anak sewaktu sup suam tau.

Boleh cicah dengan roti, makan dengan pasta or bubur nasi.

Selamat mencuba. Simple sahaja.

Selain itu Anas amalkan omega guard jugak. Omega guard ni bagus untuk perkembangan otak dan sifat anti radang omega itu membantu masalah Asma.

Nanti mama una share pasal omega guard lagi tau. Boleh dapatkan omega guard daripada mama una ๐Ÿ˜‰

Kita ikhtiar yang baik baik untuk anak kita. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah.

Share jika bermanfaat ๐Ÿ˜‰
Continue Reading

25 January 2018

RESEPI MAMA UNA : ROTI SARANG LEBAH GEBU GEBAS

Assalamualaikum.

So mama Una share resepi Roti Sarang Lebah yang mama una tak tahu pun celah mana lebah tu. ๐Ÿคฃ

Mama Una sukat guna cawan.
Uli guna tangan.

Tak ada bread maker, pastu penimbang anas hilangkan dia punya base and mama tak dapat nak measure bahan. Sekian.

๐ŸžRESEPI ROTI SARANG LEBAH๐Ÿž

Bahan:

Bahan A
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)

Bahan B
1 biji telur
3 cawan tepung roti/high protein flour
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega

Bahan C
* 1 biji telur
* 2 sudu besar susu segar 
(Campur bahan * pukul sebati)
Kuaci
Almond flakes
Bijan

๐ŸžSatukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Tengok gambar.



๐ŸžSatukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Sukatan bahan A, kalau tak derhaka memang menghasilakn doh yang cukup sifat. (Kalau kurang air kerana korang derhaka, adjust sendiri ya)
Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan. Tumbuk tumbuk. Mama Una uli bersungguh sungguh ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป



๐ŸžBulatkan doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 1 jam atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.





๐ŸžSelepas 1 jam. Tekan doh bagi membuang udara dalam doh. Tumbuk lagi, uli 5 minit gitu.
๐ŸžSapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. Mama Una tak timbang. Kan dah cakap penimbang x leh guna. Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi
๐ŸžTutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 1 jam.



๐ŸžSapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan bahan C bertanda *.
๐ŸžTabur kuaci, bijan, dan almond flakes.



๐ŸžPanaskan oven dengan suhu 170'C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20-25minit. Ikot la oven masing masing.
๐ŸžLepas roti masak, sapu mentega terus untuk hasil y memukau.

*kalau nak buat sikit, awak bahagikan bahan2 ni kepada dua. Telur guna telur saiz C. Mama una guna telur double A ๐Ÿ˜‰





๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ๐Ÿž๐Ÿฏ

Jangan lupa dapatkan omega dengan harga promo pada bulan ini.



Contact mama una segera ya. 

http://omegaguardpromo.wasap.my/
Continue Reading