Assalamualaikum.
So mama Una share resepi Roti Sarang Lebah yang mama una tak tahu pun celah mana lebah tu. 🤣
Mama Una sukat guna cawan.
Uli guna tangan.
Tak ada bread maker, pastu penimbang anas hilangkan dia punya base and mama tak dapat nak measure bahan. Sekian.
🍞RESEPI ROTI SARANG LEBAH🍞
Bahan:
Bahan A
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)
Bahan B
1 biji telur
3 cawan tepung roti/high protein flour
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
Bahan C
* 1 biji telur
* 2 sudu besar susu segar
(Campur bahan * pukul sebati)
Kuaci
Almond flakes
Bijan
🍞Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Tengok gambar.
🍞Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Sukatan bahan A, kalau tak derhaka memang menghasilakn doh yang cukup sifat. (Kalau kurang air kerana korang derhaka, adjust sendiri ya)
Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan. Tumbuk tumbuk. Mama Una uli bersungguh sungguh 💪🏻💪🏻
🍞Bulatkan doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 1 jam atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
🍞Selepas 1 jam. Tekan doh bagi membuang udara dalam doh. Tumbuk lagi, uli 5 minit gitu.
🍞Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. Mama Una tak timbang. Kan dah cakap penimbang x leh guna. Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi
🍞Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 1 jam.
🍞Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan bahan C bertanda *.
🍞Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
🍞Panaskan oven dengan suhu 170'C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20-25minit. Ikot la oven masing masing.
🍞Lepas roti masak, sapu mentega terus untuk hasil y memukau.
*kalau nak buat sikit, awak bahagikan bahan2 ni kepada dua. Telur guna telur saiz C. Mama una guna telur double A 😉
🍯🍞🍯🍞🍯🍞🍯🍞🍯🍞🍯🍞🍯🍞🍯
Jangan lupa dapatkan omega dengan harga promo pada bulan ini.
Contact mama una segera ya.
http://omegaguardpromo.wasap.my/
No comments:
Post a Comment