Assalamualaikum.
So mama Una share resepi Roti Sarang Lebah yang mama una tak tahu pun celah mana lebah tu. ๐คฃ
Mama Una sukat guna cawan.
Uli guna tangan.
Tak ada bread maker, pastu penimbang anas hilangkan dia punya base and mama tak dapat nak measure bahan. Sekian.
๐RESEPI ROTI SARANG LEBAH๐
Bahan:
Bahan A
1 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)
Bahan B
1 biji telur
3 cawan tepung roti/high protein flour
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
Bahan C
* 1 biji telur
* 2 sudu besar susu segar
(Campur bahan * pukul sebati)
Kuaci
Almond flakes
Bijan
๐Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Tengok gambar.
๐Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Sukatan bahan A, kalau tak derhaka memang menghasilakn doh yang cukup sifat. (Kalau kurang air kerana korang derhaka, adjust sendiri ya)
Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan. Tumbuk tumbuk. Mama Una uli bersungguh sungguh ๐ช๐ป๐ช๐ป
๐Bulatkan doh. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 1 jam atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.
๐Selepas 1 jam. Tekan doh bagi membuang udara dalam doh. Tumbuk lagi, uli 5 minit gitu.
๐Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. Mama Una tak timbang. Kan dah cakap penimbang x leh guna. Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi
๐Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 1 jam.
๐Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan bahan C bertanda *.
๐Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.
๐Panaskan oven dengan suhu 170'C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20-25minit. Ikot la oven masing masing.
๐Lepas roti masak, sapu mentega terus untuk hasil y memukau.
*kalau nak buat sikit, awak bahagikan bahan2 ni kepada dua. Telur guna telur saiz C. Mama una guna telur double A ๐
๐ฏ๐๐ฏ๐๐ฏ๐๐ฏ๐๐ฏ๐๐ฏ๐๐ฏ๐๐ฏ
Jangan lupa dapatkan omega dengan harga promo pada bulan ini.
Contact mama una segera ya.
http://omegaguardpromo.wasap.my/
