31 March 2018

COQ TROL PLUS PRODUK TERBARU SHAKLEE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Korang tahu ke Skalee dah ada produk yang ade unsur CoQ-10? Mesti ramai tak tahu kan. So, Mama Una nak share berkenaan produk terbaru shaklee ni. Jom baca sampai habis.
CoQ-Trol Plus Shaklee adalah produk yang paling hot. Harga berpatutan, kualiti premium, dan kesan yang sangat ummphh.
Apa kandungan CoQ-Trol Plus?

Kandungan CoQ-Trol Plus

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tocopherol.

Coenzyme Q10 (100mg) 
Coenzyme Q10 (CoQ10)adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.



Bila sebut Coenzyme, ia macam pemangkin (booster) untuk enzyme tu bertindak bagi menghasilkan tenaga dalam sel. Bila Coenzyme Q10 ni banyak, maka lagi senang dan cepat proses untuk hasilkan tenaga dalam sel. Badan kita akan jadi energetik. Jadi, CoQ10 sangatlah sinonim dengan energy booster secara umumnya.

Resveratrol (2mg) 
Resveratrol adalah sebahagian daripada kumpulan sebatian yang dipanggil polyphenol. Ia adalah antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang boleh menyebabkan berisiko tinggi untuk menghidap kanser dan penyakit jantung. Sifat antioksida juga menjadikan ia sesuai sebagai produk anti-penuaan dan kesihatan jantung dengan mengurangkan keradangan dan mengurangkan LDL atau kolesterol "jahat". Ia jugak bertindak sebagai antikanser dengan mengawal penyebaran sel kanser.



Peranan resveratrol dalam CoQ-Trol Plus adalah untuk menggalakkan bilangan mitokondria, iaitu tempat di mana tenaga sel dihasilkan. Semakin banyak bilangan mitokondria, maka semakin banyak juga penjana tenaga di dalam sel.

Tocopherol (5mg)
Tocopherol atau vitamin E membantu mengurangkan risiko katarak, kanser, jantung, dan penyakit kardiovaskular. Ia juga membantu dalam meningkatkan metabolisme dan sistem imun, serta meningkatkan daya tahan kepada penyakit. Vitamin E  juga membantu meningkatkan kesuburan dan kecergasan . Sekiranya diamalkan ia adalah agen yang menjaga salur darah kita. Salur darah yang luka boleh menyebabkan berlaku pengumpulan plak sekaligus berisiko menghidap strok.

Oleh disebabkan CoQ10 merupakan nutrien larut lemak, supplement yang berasaskan minyak adalah lebih berkesan dan bioavailable (biotersedia). Untuk penyerapan yang lebih optimum, CoQ-Trol Plus datang dengan sistem penghantaran minyak zaitun yang telah dipatenkan. Ia juga bebas gluten.

Best kan kandungan CoQ-Trol Plus ni. Nanti next post Mama Una share pula apa perbezaan CoQ-Trol Plus dengan supplement lain yang ada Co. Mama Una share sedikit testimoni pengguna CoQ-Trol Plus untuk rujukan semua.



kalau nak dapatkan coQ Trol Plus, boleh terus contact Mama Una. Thanks for reading :)


Continue Reading

28 March 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Continue Reading

26 March 2018

APA ITU MIGRAIN? KENAPA IA MENYERANG?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ini mama una nak share berkenaan dengan migrain. Atau sakit kepala yang melampau. Korang pernah tak alami sakit kepala yang tak boleh kawal ni? Rasa nak hentak kepala kat dinding batu.
Sakit sangat sampai rasa nak hempuk je orang yang cari pasal masa tu. Hahaha.
Apa Itu Migrain?

Migrain adalah salah satu penyebab sakit kepala. Ia juga dikenali sebagai ‘Vascular Headache’. Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala.

Migrain juga boleh menyebabkan gejala berikut: pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Mama Una masa belajar dulu teruk gak migrain.Acah acah banyak baca kes law. sampai migrain kau. hahaha.

Bagaimana Migrain Berlaku??

Migrain ni boleh berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa.Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.
Faktor Penyebab Migrain

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan migrain.

✅Pengambilan makanan yg tinggi kandungan MSG,MSG dikenali sebagai unsur yang menyebabkan pengecutan dan pengembangan saluran darah yang menyebabkan sakit kepala.

✅Amalan mengambil ubat hormon seperti pil perancang.turun naik hormon wanita,paras oestrogen yang tidak menentu. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

✅Kerap minum minuman berkafein. Kafein menyebabkan penyempitan salur darah dalam badan.

✅ Stress , ketika stress salur darah akan tersumbat terutamanya di bahagian otak dan menyebabkan migrain.

✅Rangsangan deria : lampu yang terang,silau matahari,bau yg terlalu kuat

✅ Waktu tidur yang tidak menentu,tekanan menyebabkan kesukaran untuk tidur menyebabkan badan cepat lesu dan mengalami ketegangan otot dan perubahan aliran darah dalam badan.

So, untuk terus kekal sihat, mama una cadangkan dan nasihatkan kepada semua untuk amalkan pemakanan yang sihat dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersukan dan beriadah. Selalu pastikan bahaya setiap tugasan kerja tiadak memberikan tekanan kepada diri sehingga menyebabkan migrain. Elak untuk berada dalam keadaan tertekan.

Jika perlukan makanan tambahan, boleh hubungi mama una untuk Khidmat Nasihat dan cadangan makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan seharian kita.


Thanks for reading :)

Continue Reading

21 March 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Continue Reading

17 March 2018

KANDUNGAN HEBAT DALAM HERB LAX SHAKLEE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Masalah sembelit sangat menyakitkan kan. Korang tahu ke ada supplement terbaik untuk masalah ini? of course la from Shaklee kan.Ianya adalah Herb Lax.

kenapa pulak herb lax? Apa yang best dengan Herb lax ni?Jom kita baca apa kandungan terhebat dalam sebotol herb lax ini.

9 KANDUNGAN HERB-LAX
▶Buckhorn bark ( Rhamnus frangula) - melembutkan najis untyk memudahkan pergerakan dan memberi kelembapan pada usus.

▶Licorice root  (Glycyrrhiza glabra) - mempunyai rasa yang manis membuatkan Herblax sesuai untuk dijadikan teh. Antioksida yang hebat untuk melindungi sel-sel hati. Bertindak sebagai anti radang, mengurangkan bakteria dan meminimumkan tekanan usus.

▶Fennel seed Powder   (Foeniculum vulgare) - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

▶Senna (Cassia angustifolia) - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut ,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

▶Alfalfa (Medicago sativa) - Ditanam tanpa racun perosak atau baja kimia, Alfalfa Shaklee mempunyai akar yang mendalam yang memberikan mineral dan enzim tulen yang tidak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan lain. Ia bertindak membantu merobohkan protein, mengurangkan loya dan mengurangkan bengkak keradangan.

▶Culver's root  (Veronicastrum virginicum) - Digunakan sebagai penahan sakit, detoksifikasi, serta membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

▶Blue melva flower (Malva sylvestris) - Herba ini adalah sumber fiber. Dibawakan dari Amerika ke Europe, ia digunalan untuk melegakan batuk, sakit tekak,dan membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstrur kulit.

▶Rhubarb root (Rheum palmatum) - herba yang digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik. Sama ada simptom anda sakit kepala, ketidakselesaan buasir atau sakit ulser, ini adalah herba kritikal dalam Herb-Lax.

▶Anise seeds (Pimpinella anisum) - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk proses pencernaan.


Hebatkan kandungan herblax ni. Paling best semua kandungan herblax adalah terjamin tanpa bahan kimia yang berbahaya. Shaklee kan beyond organic. hihi

Kalau korang nak try boleh terus contact mama una, Jangan bertangguh tau.

Continue Reading

15 March 2018

TIPS ATASI CHICKEN POX DENGAN SHAKLEE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hari ni mama una nak share macam mana Shaklee boleh bantu atasi masalah chicken pox. Biasanya Chicken pox ini akan berjangkit dan tinggalkan parut kan. Masalah betul penyakit ni. hahaha.

Apa itu chicken pox?

Chicken pox ataupun lebih dikenali sebagai cacar air ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus, varicella zoster dan menyebabkan ruam gatal yang melepuh (blister) pada permukaan kulit dan seluruh bahagian badan. Virus ini juga merupakan virus yang menyebabkan kayap.

So, apa yang Shaklee tawarkan untuk atasi masalah chicken pox ni? Korang pernah ke baca pasal info macam ni?

1) Basic H

Basic H, adalah pencuci serbaguna yang bersifat organik, bebas daripada bahan kimia berbahaya dan mempunyai pH 6.5, iaitu pH yang seimbang dengan kulit kita dan juga lembut pada kulit.  Basic H dapat membantu melegakan kegatalan ruam chicken pox tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Cara penggunaan
Titik kan 5-7 titik atau 1/2 sudu teh basic H ke dalam gayung mandi atau besen kecil dan campurkan dengan air. Sapu air mandian basic H ke seluruh badan dan biarkan seketika. Kemudian bilas. Boleh mandi 3x sehari

2) Herbal Blend

Herbal blend, krim serbaguna yang organik dan bebas paraben. Bersifat dingin dan tidak berminyak. Herbal blend dapat membantu menghilangkan ruam2 dan mengurangkan kegatalan.
Cara penggunaan
Semasa ruam chicken pox sedang menggelembung air, sapu herbal blend disekeliling kawasan luar chicken pox sahaja (elakkan terkena pada blister, untuk hindarkan sebarang kemudaratan). Selepas blister pecah dan kering, boleh sapu pada seluruh tubuh dan kawasan chicken pox.
Kekerapan penggunaan. Sekerap yang mungkin bergantung pada keadaan.

3) Nutriferon

Nutriferon ialah supplemen yang telah diformulasikan khas untuk menguatkan fungsi sistem imun badan secara semulajadi. Nutriferon membantu meningkatkan daya tahan badan melawan serangan penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus.


Cara penggunaan
Ambik 2 sachet nutriferon sehari bersama air panas atau sejuk. Boleh juga ambik begitu sahaja. Kalau kanak-kanak ambil 1 sachet pun dah okey tau.

4) Performance Drink

Minuman isotonik semulajadi tanpa gula ini mengandungi elektrolit penting yang dapat membantu mengelakkan hidrasi dan memberi tenaga segara supaya badan kekal segar
cara penggunaan
Bancuh 2 sudu besar performance drink dengan 500 ml air atau boleh dicampur dengan jus atau minuman lain. Boleh diminum bila2 masa

5) Sustained Release Vita-c Plus

Vitamin c membantu menguatkan keimunan badan dan mempercepatkan proses pembaikkan luka kulit akibat ruam melepuh
Cara penggunaan
Ambik 2 biji sehari pagi dan malam

6) Vitamin E

Vitamin e merupakan antioksidan yang dapat melembapkan kulit dan menghilangkan parut
Cara penggunaan
Semasa ruam chicken pox sedang naik, boleh ambik vitamin e sebiji sehari. Selepas blister pecah, kering dan keruping sudah tanggal, boleh sapu vitamin e pada parut chicken pox

6) Vivix

Vivix, minuman campuran botani yang tinggi dengan antioksidan, kaya dengan resveratrol dan polifenol. Vivix membantu pembaikkan badan daripada peringkat sel. Jadi sel kulit luka akibat ruam chicken pox yang melepuh jadi cepat baik dan parut cepat hilang. Vivix juga membantu memberi tenaga
Cara penggunaan
Minum sesudu teh (5ml) setiap hari atau dibancuh dengan air

Alhamdulillah. Ramai yang cuba ikhtiar dengan Shaklee mendapat effect yang baik. Kanak Kanak mahupun orang dewasa. Parut cepat pudar dan kesakitan berkurang.

Jika nak dapatkan produk produk shaklee dan consultation tip top boleh contact mama una tau. Harga dan penghantaran boleh runding. InsyaAllah.



Continue Reading

14 March 2018

WORDLESS WEDNESDAY

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Continue Reading

12 March 2018

JANGAN AMBIL ALFALFA SHAKLEE JIKA ANDA ALAMI PERKARA INI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua. Korang rasa, ada ke yang tak boleh makan Alfalfa Shaklee? Kalau makan jadi macam mana? Siapa yang tak boleh makan? Jom baca sharing mama una ni. 👇



ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA



1. WANITA MENGANDUNG😅
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung

2. PENYAKIT AUTOIMUN😨
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk

3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID😢
Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk

4. KENCING MANIS 😱
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma

5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG😰
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa

So, untuk yang sedang hadapi perkara perkara di atas, Mama Una galakkan untuk elak ambil Alfalfa dahulu. In case rasa memang nak try jugak, please ambil dengan dose yang kecil. Tapi nasihat mama una, elakkan. hihi.

Untuk yang tak ada masalah di atas, nak dapatkan alfalfa boleh contact mama una segera. Pengeposan setiap hari tau. Harga special untuk anda.


Continue Reading

07 March 2018

wordless wednesday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Continue Reading

05 March 2018

BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE ADALAH PILIHAN TERBAIK IBU IBU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mama Una dah dua kali berpantang. Pertama kali berpantang masa melahirkan Una. Masa tu tak berpantang dengan set shaklee. Guna produk lain. Tapi masa anas, mama una ambil produk shaklee. Berbeza memaang berbeza. Jom baca antara produk yang ada dalam Set Postnatal Shaklee ni.



Tapi sebelum tu, mama una nak share sikit tips berpantang untuk ibu ibu. Mama Una buat both things tau. moden buat, amalan orang tua pun buat. InsyaAllah tubuh lagi segar selepas bersalin apabila berpantang dengan kaedah yang betul.

So, antara amalan berpantang yang mama una amalkan sewaktu melahirkan kedua dua anak dulu adalah macam kat bawah ni.

💓 Pastikan semua persediaan untuk berpantang lengkap. So masa berpantang ibu tak bimbang atau stress.
💓 Sentiasa memikirkan perkara yang positif
💓 Jaga kebersihan diri terutamanya tempat luka. Cuci dan keringkan dengan baik.
💓 Amalkan pemakanan yang seimbang. Mama Una berpantang tetapi mementingkan nutrisi yang cukup. protein, karbohidrat dan serat mama una ambil dalam kuantiti yang secukupnya.
💓 Minum air kosong secukupnya.
💓 Berbengkung untuk menyokong penyembuhan luka akibat bersalin.
💓 Berurut untuk kembalikan kesegaran badan.

Itu adalah antara tips yang mama una amalkan. Untuk sokongan, mama una memang ambil supplement. Paling best adalah supplement shaklee postnatal set! Mama una paling suka Vita C. Luka cepat sembuh, muka glowing masa pantang! awesome!!!

Set postnatal ni adalah lengkap untuk menyokong keperluan nutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan, membantu mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan ibu di samping memberi bayi nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.

Ada 7 jenis produk dalam set Postnatal Shaklee.

💋Sustained Release Vita-C PlusTM




Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.


💋OmegaGuardTM


Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

💋Vita-Lea® Iron Formula

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

💋B-Complex

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Ia juga dapat mengelak dan/atau mengurangkan gejala atau simptom baby blues / postpartum depression daripada terjadi.

💋Alfalfa Complex

Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Selain itu, untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.

💛Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
💛Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
💛Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
💛Membantu membanyakkan susu ibu.
💛Membuang angin dalam badan dan
💛Memulihkan urat selepas bersalin

💋OsteMatrix®

Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

💋ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder


Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

So, apalagi? Sedang menghitung hari untuk bersalin? nak bersalin dengan set postnatal shaklee? Nak jimat banyak? jom contact mama una terus tau.


Continue Reading