06 July 2015

MENU IFTAR DAY 19

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Tekak ini dilalui oleh ikan patin masak tempoyak. Sedap nya ya Tuhan. Rase macam makan sambil duduk bawah pokok di tepi sungai temerloh nan nyaman. Ecece. 

Hari ini suami saya yang awesome belikan ikan patin masak tempoyak. Best sungguh la. So balik kerja tadi jalan jem. Rase nak je jalan kaki dr putrajaya ke taman melati (hiperbola sangat cita-cita). Haha. Maka masak la dua lauk tambahan bagi menghargai jerih perit sang suami mendapatkan ikan patin untuk isteri yang jelita.

Sampai umah terus potong ayam, perap jap. Mandi dan solat asar yang dah lewat sangat. Pastu goreng ayam dan goreng sayur. Nasi pun baru je masak. Alhamdulillah. 10 minit before bukak puasa, semua menu ready. Yeaahh, saya memng pakar bersilat di dapur. Kihkih.

So, this is our menu for today. Hope boleh jadi idea untuk juadah iftar korang esok. 





Love,
Mama Una



Continue Reading

05 July 2015

MENU IFTAR DAY 18

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini dapur berasap. Ayam masak merah special by mama una, ikan goreng dan kacang peas goreng bertelur. 




Sedap tak gambar makanan saya? Haha. Alhamdulillah. Rezeki kami sekeluarga. Pastu saya buat jugak sambal bilis dan kacang. Buat kudap kudapan balik terawih. First time buat. Kene improve lagi. Hihi. 


Sekian sahaja laporan untuk hari ke 18 Ramadhan 2015. 

Love, 
Mama Una




Continue Reading

MENU IFTAR DAY 17

Assalamualaikum.

Ya Rabbi, semalam puasa paling penat dalam sejarah Ramadhan 2015. Demmm. Propa gila. 

Seb baik suami penyayang. Semalam memng tak masak la kan. Terus je pg umah makcik pakcik kat bazar ramadahan tu. Hahaha. Kita hulur duit dia bagi food. Oh syurga nya. Pilih je nak makan ape. Ewah ewah. 

So, ini y makcik pakcik bazar tu bagi :) 


Dim sum RM 3 secucuk

Rojak Singapore RM 25

Grill Lamb with Giant Sausage RM13

Nasi Tomato RM 4.50

Dessert encik bos bagi semalam. 

Hahaha

Saya pg bazar ramadhan Wangsa Maju. Pg la try usha. For me itu bazar y paling best. Luas besar panjang dan tak crowded! Cina india pun ade. Haha

Okey. Selamat puasa.

Love, 
Mama Una





Continue Reading