12 March 2018

JANGAN AMBIL ALFALFA SHAKLEE JIKA ANDA ALAMI PERKARA INI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua. Korang rasa, ada ke yang tak boleh makan Alfalfa Shaklee? Kalau makan jadi macam mana? Siapa yang tak boleh makan? Jom baca sharing mama una ni. 👇



ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA



1. WANITA MENGANDUNG😅
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung

2. PENYAKIT AUTOIMUN😨
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk

3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID😢
Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk

4. KENCING MANIS 😱
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma

5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG😰
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa

So, untuk yang sedang hadapi perkara perkara di atas, Mama Una galakkan untuk elak ambil Alfalfa dahulu. In case rasa memang nak try jugak, please ambil dengan dose yang kecil. Tapi nasihat mama una, elakkan. hihi.

Untuk yang tak ada masalah di atas, nak dapatkan alfalfa boleh contact mama una segera. Pengeposan setiap hari tau. Harga special untuk anda.


Continue Reading

07 March 2018

wordless wednesday

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Continue Reading

05 March 2018

BERPANTANG DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE ADALAH PILIHAN TERBAIK IBU IBU

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mama Una dah dua kali berpantang. Pertama kali berpantang masa melahirkan Una. Masa tu tak berpantang dengan set shaklee. Guna produk lain. Tapi masa anas, mama una ambil produk shaklee. Berbeza memaang berbeza. Jom baca antara produk yang ada dalam Set Postnatal Shaklee ni.



Tapi sebelum tu, mama una nak share sikit tips berpantang untuk ibu ibu. Mama Una buat both things tau. moden buat, amalan orang tua pun buat. InsyaAllah tubuh lagi segar selepas bersalin apabila berpantang dengan kaedah yang betul.

So, antara amalan berpantang yang mama una amalkan sewaktu melahirkan kedua dua anak dulu adalah macam kat bawah ni.

💓 Pastikan semua persediaan untuk berpantang lengkap. So masa berpantang ibu tak bimbang atau stress.
💓 Sentiasa memikirkan perkara yang positif
💓 Jaga kebersihan diri terutamanya tempat luka. Cuci dan keringkan dengan baik.
💓 Amalkan pemakanan yang seimbang. Mama Una berpantang tetapi mementingkan nutrisi yang cukup. protein, karbohidrat dan serat mama una ambil dalam kuantiti yang secukupnya.
💓 Minum air kosong secukupnya.
💓 Berbengkung untuk menyokong penyembuhan luka akibat bersalin.
💓 Berurut untuk kembalikan kesegaran badan.

Itu adalah antara tips yang mama una amalkan. Untuk sokongan, mama una memang ambil supplement. Paling best adalah supplement shaklee postnatal set! Mama una paling suka Vita C. Luka cepat sembuh, muka glowing masa pantang! awesome!!!

Set postnatal ni adalah lengkap untuk menyokong keperluan nutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan, membantu mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan ibu di samping memberi bayi nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.

Ada 7 jenis produk dalam set Postnatal Shaklee.

💋Sustained Release Vita-C PlusTM




Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.


💋OmegaGuardTM


Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain. Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

💋Vita-Lea® Iron Formula

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

💋B-Complex

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik. Ia juga dapat mengelak dan/atau mengurangkan gejala atau simptom baby blues / postpartum depression daripada terjadi.

💋Alfalfa Complex

Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang menyusukan anak.

Selain itu, untuk pengetahuan ibu-ibu diluar sana, Alfalfa adalah merupakan raja segala tumbuhan.

💛Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
💛Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
💛Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
💛Membantu membanyakkan susu ibu.
💛Membuang angin dalam badan dan
💛Memulihkan urat selepas bersalin

💋OsteMatrix®

Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

💋ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder


Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

So, apalagi? Sedang menghitung hari untuk bersalin? nak bersalin dengan set postnatal shaklee? Nak jimat banyak? jom contact mama una terus tau.


Continue Reading