06 June 2012

Breastpump Pilihan Saye :)

x penah mengandung, maka ini kali pertama akan menggunakan breastpump demi anak dan wang yang bakal dicari..kohkohkoh...

sebab gaji kecik, maka, bajet untuk breastpump pun adalah kecik jugak..kalau gaji besar kompem dah rembat medela swing tu..tapi apakan daya..bergayalah mengikut kemampuan..hakhakhak..sengal sungguh..ade plak nak bergaya dengan breast pump..

dan untuk itu, setelah meneliti harta pasaran, maka mengikut ciri-ciri kesesuaian yang hampir same dengan breastpump idaman, maka majlis ibu bapa berdua telah membuat keputusan untuk membeli breastpump jenama AUTUMZ sahaja..itu je yang den mampu..kihkihkih

cooler bag :)

breastpump

bottles

storage bags

ice packs :)
dan setelah meneliti dan diperhalusi, maka perlulah kita spend lebih kurang setangah ribu untuk benda alah ini..Maka ayuh doakan saya dan suami agar mendapat durian runtuh sebelum keluarnya anak kami, agar keperluan ini dapat dipenuhi..

kohkohkoh...suami mungkin dapat bonus tengah tahun ni..saye macam angan-angan jer lah kot :)
Glitter text generator
Continue Reading

05 June 2012

Kisah Peribadi Kita :)

macam dah jadi trend remaja sekarang, x kire apa jua status hubungan, kemesraan mesti dipertontonkan kepada masyarakat umum..untuk apa? oh mungkin untuk menyebarkan bahawa lelaki atau perempuan ini adalah hak milik dirinya..

tidak mengira latar belakang pendidikan, manusia sekarang lebih gemarkan berkongsi hal peribadi untuk mendapat perhatian orang ramai.. bila ditegur, dikatakan kita cemburu dengan kemesraan tersebut..ape cetek sangat ilmu yang kamu ada? blajar samapai masuk uni, tapi benda simple kamu x bleh paham..orang menegur bukan kerana cemburu,jeles ataupun dengki..namun kerana sayangkan kamu..

belajar itu jihad, mengumpul pahala, namun bila sahaja kamu bercinta, kamu melupakan jihad kamu..semuanya kamu bentangkan pada tatapan umum..sehingga ramai yang jelek melihat perlakuan itu..bukan kerana saya tidak pernah berlaku seperti remaja, namun saya bangga untuk mengatakan bhawa perasaan malu dan takot kepada dosa itu sangat perlu..saya jugak tidak sempurna..namun zaman kejahilan itu semkin menjauh..

sebnyak mana pahala yang kita buat, mungkin tidak dapat menghapuskan dosa yang secara tidak sengaja yang kita buat..carilah perasaan malu itu..

jangan sia-siakan usaha anda mengumpul; pahala hanya kerana anda kemaruk dengan hubungan cinta..cinta itu indah..namun dosa bercinta itu tidak indah..:) BERTAUBATLAH

simpan lah hal peribadi kamu seelok-eloknya..insyaAllah, /bila/jika hati mu terbuka untuk bertaubat, urusan mu lebih dipermudahkan..tiada cemuhan orag sekeliling bila kamu mula hendak berubah ke arah kebaikan..tersilap perhitungan, masa depan lebih sukar :)
Glitter text generator
Continue Reading

9 Months :)

alhamdulillah..dah sembilan bulan kami berkahwin, dan kini satu nyawa sedang berkembang di dalam rahim :0

syukur kepada Allah..


semoga kebahagian ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..amin :)
Glitter text generator
Continue Reading