10 June 2017

YA ALLAH HIDUPKAN MAMA BALIK

 

Assalamualaikum,

Lama sangat tinggal blog. 15 Ramadhan. Mama Una harap ini permulaan baru untuk kita. 

Lets share our stories. Jom!

----------------

Ayah pergi terawih. 

Maka mama bersilat jaga dua anak kesayangan bapak mereka ni.

Tak larat nak layan, mama pura pura mati. Pejam mata tahan nafas.

Sekali dengar orang baca doa.

"ya Allah, hidupkan mama balik"

Berulang ulang. Mama buka mata. Tengok una tengah doa. Adik muka blur tengok kakak doa.

"Alhamdulillah, hidup pun"

"Allah dengar kakak doa"

🤣🤣🤣🤣

Bukan ajal mama lagi nak ooii. Tapi bagus lah. Yakin dengan Allah. Dia maha memakbulkan segalanya.

Pohonlah apa sahaja. Tiada yang tidak mungkin pada nya.

Saat kita tergolek jatuh di hempap beban, jangan lupa. Beban itu dijatuhkan dengan berat seadanya.

Yang mampu ditanggung oleh hambanya. Kerana Allah itu maha mengetahui apa yang hambanya mampu 😊

Teruskan usaha dan yakinlah. Ada sinar dan cahaya disebalik mendung yang mengaburi jalan kejayaan kita.

InsyaAllah 😊

Mama Una still buat business supplement shaklee. Alhamdulillah. 

Semakin dekat untuk gapai kejayaan. Berminat nak cuba tak? Nanti mama una share kisah kejayaan yang lain k.

Lets do our best!

Love

No comments: