Assalamualaikum
Mama Una berjaya buat puding roti paling sedap dan paling senang 😌
Nak share resepi.
PUDING ROTI MAMA UNA
Bahan A
1. 10 keping roti gardenia
2. 2 1/3 cawan susu segar
Bahan B
1. 2 sudu butter
2. 3 biji telur gred c
3. 1 sudu tepung jagung
4. 4 sudu gula
5. 1 sudu esen vanila
6. 3 sudu kismis hitam
Cara cara
1. Carikkan roti dan rendam dengan susu selama 10 minit.
2. Dalam bekas berasingan campurkan bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Campurkan bahan A dan bahan B.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar 45 minit dengan suhu 200c
5. Sejukkan, potong dan hidang
Sos Kastard
Bahan-bahan
1. 1 tin susu cair
2. 2 sudu tepung kastard
3. 2 sudu gula
Cara-cara
1. Masukkan susu cair dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan gula. Kacau hingga sedikit pekat dengan api perlahan.
2. Sejukkan dan hidang bersama puding.
Taraaaa.. siaap puding mama una. Senang kan. Tapi jangan makan banyak banyak nanti mengembang mama una tak tau.
Kalau terasa badan mengembang, nak kurus dengan selamat boleh cuba supplement shaklee. Wassap mama una. 0193342290.
Selamat mencuba.
Thanks for reading 😘
No comments:
Post a Comment