06 June 2014

INTERVIEW SPA

Salam 1 Malaysia

Aku dapat interview pada 6/5/2014. mase tu macam pelik pelik jugak sebab setahu aku, aku x de apply pulak jawatan Pegawai Tadbir N41 ni..tapi x pe, mungkin aku berezeki, maka aku di panggil.


So, disebabkan aku sedang memerah keringat di Kuala Lumpur dan interview dijalankan di terengganu, maka aku telah meminta cuti daripda puan Bos. Alhamdulillah dia kasi. btw, sebelum tu aku call SPA, mencuba nasib untuk tukarkan pusat temuduga ke KL. tapi permohonan aku se akan tidak mendapat layanan sepatutnya daripada pihak pengurusan SPA. cet.


On that day, aku pg interview kazenk yang hantar dan kazenk yang ambil, una, mak dan ayah aku jage.Suami kerja di kolumpo hanya kirim doa dan semangat dari jauh.Yang best, aku tersilap pegi bangunan mase nak interview, supposely aku pg WISMA DARUL IMAN, tapi aku pg WISMA NEGERI..yeaa..


Interview pada pukul 3.30 petang, tapi ade kerani call aku suruh datang awal. bila aku tny, what time, dia cakap kul 2. okey. aku sampai tepat pkul 2. ade seorang je yang sedang menunggu turn untuk masuk jumpa panel. aku cakap dalam hati, im always be the last person. OMG..tapi x pe lah. then aku isi-isi borang, borak sikit2, bace doa, then merewanglah pikiran ke mana-mana..


Pastu bile tibe giliran aku nak masuk, muncul satu lagi manusia..yeaa..aku bukan orang terakhir.ayuh berjuang di hadapan panel.hikhik..bagi salam 1 malaysia, ketuk pintu dan masuk. bagi fail dan tunggu arahan untuk duduk. Panel aku, IR LEE SOON JIN dan ENCIK EMANG. sebelum duduk dia tanya aku dah makan? aku cakap dah.padahal belum. makan ape? nasi ayam aku jawab. brape harga? aku bantai rm 4.50. that is the cheapest u can get in Terengganu.menipu


Pastu dia suruh duduk, perkenalkan diri, cerita pasal kelebihan diri. pong pang pong pang. pastu dia tny aku prepare ape untuk interview, aku cakap aku bace pasal current isu, GST, pasal SPA sikit dan pasal negara sikit. itu shaja. dia tny sapa pengerusi SPA, aku jawab. mase tu aku ingat, sekarang x ingat dah.hahaha


Pastu dia tny kenapa x interview kat KL as aku kerja sana. aku cakap permohonan aku untuk tukar tempat temuduga x dilayan. aku cakap semua nama pegawai spa yang aku berhubung. dia mcm teruja sebab aku ingat nama pegawai-pegawai tu. well, aku kan loyer.hahaha..


Dia tny lagi kenapa aku nak join government, aku jawab sebb aku nak tahu kenapa orang kerja government ni payah sangat nak pick up call. call pukul 9, ckp breakfast, kul 11 kuar minum, kul 1 lunch, kul 4 tea time kul 5 dah balik. aku cakap aku x nak fitnah govt servant x buat kerja, so, please give me chance to see the true situation there..hahaha.. Encik emang cakap, it quite logics la alasan aku..hahaha. -win


pastu dia mcm2 lagi tny aku rase aku dah lupe. tapi last skali dia bg peluang aku tny soalan. ini soalan aku "DO I HAVE A CHANCE TO JOIN GOVERNMENT SERVICE WITHOUT ANY "CABLE", WHAT DO YOU THINK?"

IR LEE SOON JIN yang jawab soalan aku. aku pun lupa jawapan dia ape. yang aku ingat dia ckap dekat aku yang dia dan Encik Emang pun x pakai cable masuk government service. then dia tny aku puas hati x dengan jawapan/explanation dia. aku jawab, " NO, NOT REALLY"...


Then Encik Emang tny aku, what you rely on then? jawapan aku " I RELY ON MY REZEKI AND ALLAH" thats all. Dia ckap, so, please keep on the track.

Before aku keluar, IR LEE pesan
"keep my words,  please believe in urself, you are your own cable and im assessing you not people behind you"
- that words buat aku senyum.


so, balik rumah continue doa dan bertawakal. Alhamdulillah. i got it even it only contract basis :)


thanks for reading :)

3 comments:

Unknown said...

Hi. saya punya interview pada 22/7/2014. kena juga IR Lee Soon Jin. tapi saya punya post ialah pegawai sains c41. pls wish me luck. :)))

Anonymous said...

Assalamualaikum ...
cerita hampir sama dengan apa yang saya telah lalui untuk penolong Penguasa Penjara kx27 baru-baru ini. IR. LEE SOON JIN baik orangnya.. masuk sahaja dalam bilim IV tu dh sepaking in english.. perlu yakin pada diri...
=======
doakan saya untuk lantikan terus penolong penguasa penjara kx27 ini, smga ini rezki pada tahun ini..amin ya allah

Anonymous said...

saya pun dgn ir lee soon jin dan alhamdulillah rezeki anak saya dapat jawatan tu