03 July 2013

Mee suah sup

Ni resepi yang agak baru lah kan aku buat..korang hati2 sikit dengan resepi yang aku bg..kekadang aku derhaka je resepi baby.sbg contoh aku bantai letak garam..hahaha..so, bg ibu ibu yang sayang anak lebih dr aku sayang anak, PLEASE TAKE NOTE okey..

Bahan bahan :
Mee suah
Stock ayam
Isi ayam
Puree brokoli
Bawang besar
Bawang putih
Unsalted butter
Minyak jeton @olive oil
Air

Cara cara:
1. Mula mula, sila potong dadu bawang besar dan ketuk seulas bawang putih. Bawang besar tu, agak2 sendiri la byk2 mane kan.
2. Panaskan periuk, masuk kan sesudu butter dan 4 titik minyak. Tumis bawang2 tadi sampai naik bau.
3. Masukkan isi ayam dan stock ayam, tambah air dan masukkan puree brokoli..
4. Bila mendidih, masukkan mee suah..kalau 3 minit dan sedia utk dimakan..

Selamat try mommies :)

No comments: