sambungan daripada huraian peribadi saya yang terdahulu :)
16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda. (ni memng nak carik gaduh kan?)
17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu. (sile yang bersikap begini hokey, x der lah balik kang isteri membebel sebab suami balik dan lupe beli kicap :))
18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan. (sile lah berterus terang, lelaki kan suke cakap pompuan ni complicated )
19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. (make sure anda wangi hokey)
20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya. (hahaha, kesian suami saya kan :))
21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. (always buat kan? i love my husband, husband hang pa basuh pinggan ke idak)
22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya. (seeloknya..tapi kalau isteri sejenis singa afrika, elok anda berdiam diri..takot pinggan melayang)
23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. (untuk ketakutan terlupa beli barang, sila jangan keluar rumah terus..hahaha)
24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. (ha, seeloknya, ini tidak, tetibe hilang)
25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. (jangan pulak pg bilang 1,2,3 mase nak peluk tu..ish, x rumantikus betol)
itu shaja..nanti kite sambung merapu lagi hokey :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment