27 January 2018

SUP ANTIBIOTIK IKHTIAR PULIHKAN ANAK DARIPADA BATUK BERKAHAK

Assalamualaikum.

Okey, sup ni mama una dapat resepi daripada blog. Tak tahu siapa punya resepi asal.

Tak ingat. Tapi bila google or search ramai jugak yang buat tau. 

Mula mula baca pelik kenapa buah pelaga jadi pilihan.
Biase dengar cengkih, halia, bawang putih kan. Ini buah pelaga pulak.

Bila baca, ade khasiat sangat bagus pasal buah pelaga tu. 




“Buah pelaga  digunakan secara meluas di Asia Selatan untuk merawat jangkitan pada gigi dan gusi, untuk mencegah dan merawat masalah tekak, kesesakan paru-paru dan tuberkulosis pulmonari, keradangan kelopak mata dan juga gangguan pencernaan.”

Ini mama una baru tahu la. Korang tahu tak?

Selain tu, Buah pelaga boleh digunakan sebagai ubat asma dan lain-lain masalah pernafasan. Kajian yang telah dijalankan menunjuk bahawa ekstrak mentah dari buah pelaga amat berkesan dalam membuka salur angin yang sempit pada haiwan makmal. Ia juga berkesan untuk menyebabkan kelonggaran kepada tisu trachea. Kajian awal positif mewajarkan untuk siasatan lanjut.

So masalah Anas yang hidung tersumbat tak leh nafas elok, refuse susu direct tu hilang lepas amalkan sup ini. Tapi mama una ingatkan, bagi sup ni, jangan lupa bagi air masak kat anak banyak banyak tau.

Bahan bahan macam dalam gambar.

Cara membuatnya. 

Rebus semua bahan bahan dengan api yang kecil. Reneh dalam masa 30 minit- 1 jam.

Ayam tu boleh ganti dengan sumber protein lain. Seperti ikan bilis or daging.




Rasa dia manis manis berangin gitu. Beri pada anak sewaktu sup suam tau.

Boleh cicah dengan roti, makan dengan pasta or bubur nasi.

Selamat mencuba. Simple sahaja.

Selain itu Anas amalkan omega guard jugak. Omega guard ni bagus untuk perkembangan otak dan sifat anti radang omega itu membantu masalah Asma.

Nanti mama una share pasal omega guard lagi tau. Boleh dapatkan omega guard daripada mama una 😉

Kita ikhtiar yang baik baik untuk anak kita. InsyaAllah sembuh dengan izin Allah.

Share jika bermanfaat 😉

2 comments:

-Izyani- said...

Tak pernah tahu pun pasal sup antibiotik ni sebelum ni. Thanks mama una share resipi!
Moga Anas cepat sembuh ye.

Cikgu Ije said...

Dah boleh imagine cicah roti dengan sup ni. Mesti best! TQ Mama Un-A-Nas share resepi