السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah. Kita dah masuk fasa seterusnya PKP ini. Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2. Dah masuk Fasa 2 ni, Mama Una rasa boleh lebih bersyukur. Boleh lebih faham tentang rutin yang isteri sebenarnya inginkan. Hahaha.
This is my story...
Masuk hari ke 12 hari tu, Mama Una dah rasa urusan rumah tangga di waktu PKP ini lebih mudah. Suami actually membantu sangat banyak. Dugaan nya adalah 1, bila kita punya expectation terlampau tinggi dan suami tak mampu untuk realisasikan setiap tugas itu dengan baik. Lama juga lah ambil masa 12 hari untuk adjust hati supaya menerima seadanya. While my husband pun usaha to make sure, he can be the best husband during PKP. Hahaha.
So, start daripada pagi, bangun solat subuh mandi dan sediakan makanan, while my husband akan berbaring scroll his hp sampai hauslah skrin teledon tu. Hahaha. While im bersilat kat dapur, Mama Una akan off segala function multitasker yang i ade. Fokus hanya urusan menyediakan makanan pagi. Aman menangis, Anas nak air atau Husna nak bertanya soalan, sila berurusan dengan lelaki dewasa dalam rumah. Iaitu bapak mereka.
Kakak memang dah boleh harap jaga adik. Ayah bukan buat apa sangat pun. hahaha |
Yang ini paling menguji kesabaran. Semua mainan yang keluar kat Tv, dia nak beli. Pastu akan pahsa orang cakap okey, nanti beli baru dia diam. |
Dah siap makan, bawak semua pinggan ke dapur, kemas meja, basuh pinggan, settlekan dapur yang masak tadi. Semua suami buat. Mama Una masuk opis dulu. Tekan tekan hp, follow up customer, menyusukan aman, entertain what ever request, question from Anas dan dengar hafazan kakak. While he will make sure, dia akan tinggalkan rumah dalam keadaan tenang.
Then he left for work.
Mama Una menghadap lah 3 orang anak sambil fikir nak masak apa, sambil layan bisnes partner dan update blog. This is how i want everyday. Haha. Suami hanya pergi kerja apabila urusan di rumah selesai. Indahkan. Tapi Company mana nak hire manusia macam ni? Tak ada ya. Jangan bermimpi sangat. Musim PKP ni boleh lah merasa. Hikmah di sebalik ujian nama dia. Maka sentiasalah bersyukur. Dah kawen 9 tahun, tahun ni baru Allah nak bagi rasa berlama lama dengan pasangan. Sebelum ni, cuti kahwin pun seminggu je kan. Tu pun berulang alik rumah sendiri dan mentua. Maka, kali ini, kita nikmati. Sebulan tu tak lama. Kita kuat. Doa banyak banyak supaya kita dapat lalui ujian ini dengan mudah. Insya Allah.
Stay Safe, Fight Covid.