24 April 2018

CARA MENYEDIAKAN MASKER VITA C SHAKLEE

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hai korang. Korang dah ade vita C Shaklee? Kalau belum boleh order dengan mama una tau. hihi. Today nak share macam mana nak buat Vita C Shaklee jadi Masker yang sangat awesome.
CARA SEDIAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE
-Langkah 1 -
Patahkan vitamin C kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian dan 1 bahagian lagi boleh disimpan untuk hari lain. Atau nak guna sebiji pun boleh.
(Jangan simpan terlalu lama kerana Vitamin C mudah teroksida disebabkan sensitif kepada cahaya dan suhu)
-Langkah 2-
Hancurkan dalam piring utk dapatkan tekstur masker yang baik.
-Langkah 3-
Masukkan air lebih kurang 1 sudu besar. Air suam pun boleh. Biarkan dahulu dalam 3 hingga 5 minit sampai kembang.

-Langkah 4-
Sapukan pada seluruh kawasan muka yang telah dibersih dan dikeringkan terlebih dulu. Tunggu masker kering dalam 20 hingga 30 minit dan bilas dengan air bersih. Siap.

Masker ini korang boleh guakan sebagai scrub juga. caranya, bila masker dah kering, korang sapu sikit air pada muka dan gosok gosok lembut. InsyaAllah segala Blackhead, whitehead terhapus daripada muka suci korang. hihi.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN MASKER VITAMIN C SHAKLEE

Untuk kecantikan wajah juga, ramai wanita sanggup melakukan pelbagai jenis perawatan wajah.  Salah satu yang sering dilakukan wanita adalah masker wajah. Menggunakan masker wajah yang sesuai dengan kulit secara rutin dapat memberikan banyak manfaat buat kulit wajah kita. Penggunaan masker vita C, merupakan salah satu cara perawatan kulit yang mampu merawat kulit kita.
Penggunaan masker dilakukan secara rutin, satu hingga dua kali dalam seminggu bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Menggunakan masker dapat memberikan beberapa manfaat seperti di bawah.
1. Kecutkan jerawat.
2. Tegangkan kulit muka.
3. Cerahkan wajah.
4. Bantu rangsang penghasilan kolagen dari dalam kulit.
5. Segarkan wajah.
6. Bantu hilangkan kesan parut.
So, sesapa yang masih belum punyai Vita C Shaklee, boler order dengan mama segera tau. harga sangat berbaloi.

Thanks for reading.
Continue Reading

23 April 2018

RESEPI MAMA UNA : RESEPI KACANG BOTAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ya Allah. Almost a month kot mama una tak update blog. Seriously ape benda jenama malas nak godek blog. Bila tak boleh published post, Mama Una langsung malas nak godek godek cari punca. Tapi hari ini dah jumpa. Yeaa. im back..
maka, untuk post permulaan, mama una share lah fod yang mama una masak today. Hari ini hectic sikit sebab mama una ambil tempahan Vietnam Roll. Alhamdulillah. Customer repeat order. Harga maybe orang cakap pricey. Tapi berbaloi dengan kuantiti dan kualiti my Vietnam Roll. RM 25 per set. 

Ada 5 ketol. 15 ekor udang dan 5 crabsticks. Memang kenyng sangat sangat. Tengok ni.
Yang kedua, untuk lunch, Mama Una masak nasi ayam paling sedang di dunia. Taraa... nasi ayam campak campak. paling best sebab ade air fryer, mama una bahagia sangat. campak ayam dalam tu, mama una boelh berzumba. ting. Ayam siap untuk di kunyah.

Dan menu petang ni adalah kacang botak. Sedap sangat wei. First time mama una buat tau. Tak sengaja nak buat. Scroll FB jumpe resepi. terus try buat. Wallah. Crunchy sangat. Nah Resepi mama una bagi. Selamat mencuba tau :)
RESEPI KACANG BOTAK
200g kacang tanah di basuh dan dikeringkan. Mama una keringkan dalam airfryer suhu  180c 10 minit.

3 biji bawang putih tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk lada - nak pedas tambah
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1/2 kiub pati ayam - mama una tak letak tadi. Sedap je.
1 sudu besar gula (gula perang pun sedap)
Gaul sebati. 
Pastu masukkan 2 1/2 sudu besar gandum dan 1 sudu kecil tepung beras. Gaul sebati. Pastu baru masukkan kacang. Gaul sebati.
Goreng sambil kacau tau. Elak kacang melekat. Kacau kacau sampai perang. Api kecil sahaja.
Angkat dan sejukkan. Dah sejuk baru makan. Kalau makan mase panas, nanti ingat tak masak sebb dia tak crunchy. Dah sejuk dia crunchy dap angat 🤤🤤
Continue Reading