24 October 2017

CARA MEMBUAT TUNTUTAN KECEDERAAN AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Assalamualaikum.


Mama Una nak share. Dulu kan kerja as peguam. So everyday mengadap isu berkenaan tuntutan kemalangan.


So mama una nak share apa yang perlu ada untuk korang mulakan tuntutan kemalangan.


Paling Utama! 


Salinan Repot Polis adalah sangat penting! Perlu diingat jika mangsa kemalangan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, mohon saudara terdekat untuk membuat laporan awal. Pastikan laporan polis dibuat dengan tepat. Menceritakan keadaan sebenar kemalangan berlaku.


 Jika laporan di taip oleh pihak polis, pastikan laporan tersebut adalah selari dengan cerita sebenar bagaimana kemalangan berlaku.


Yang kedua! 


Salinan rekod perubatan. Pada kebiasaannya, laporan perubatan tidak dimiliki oleh mangsa kemalangan. Namun, simpan resit discharge hospital atau apa jua dokumen hospital yang mempunyai nombor pendaftaran masuk hospital. 


Perkara ini memudahkan urusan untuk pihak peguam membuat request salinan rekod perubatan mangsa daripada pihak hospital.


  1. Dapatkan peguam untuk mewakili anda dalam urusan mahkamah.


Pastikan anda memilih peguam yang betul. Jangan mudah percaya dengan orang orang yang menghampiri atau cuba memberi konsultasi berkenaan tuntutan kemalangan semasa anda berada di wad atau hospital. Pastikan peguam yang dipilih adalah peguam yang akan menghadiri kes anda di mahkamah kelak.



No comments: